Monday 22 October 2012

Road to Medan part 2

Assalamualaikum,

So this is Part 2, it is a continuation of Part 1.

Selepas balik makan kenyang dengan membawa perut yang buncit ku, time tu sleep la bila sampai balik rumah tapi time masa awal2 sampai rumah tu, me/we belum decide nak pilih bilik mana lagi nak tidoq, so malam tu la baru nak kalut masing2 nak cari hotspot (bilik). Ada enam bilik, satu dah diambil oleh guardian kita, dia memang dok kat sana tetap pon, so considered ada 5 bilik saja la. Lagi satu bilik dah diambil oleh ustaz dah, tolak lagi satu so now ada 4 bilik ja tinggal.

So I was choosing bilik mana satu yg paling sesuai , sambil mencari-cari dengan membawa beg bagai, aku decided nak masuk bilik yang kecik tu dengan another 3 friends [aizat, rashdan, sabri], but then tiba2 si mat anip ni kata, "Wei, hg mai la join tidoq bilik aku ni, malas la aku nak dok dengan Sifu (Shafiq) dengan Tongga (Khalil) ja!" So, aku pon tak cakap banyak, aku lepas beg aku dan GELAK GULING2 atas lantai!!! Memang uolls kalau kenai Shafiq dengan Khalil ni memang sebijik kot macam Sifu dan Tongga, apa yang Shapiq buat, yang si Khalil pon nak buat jugak sampai to the extend, kalau Shapiq bukak ketayap dia, yg si khalil ni pon sibok nak bukak jugak. LOL! Memang sesuai dengan nama sebegitu yang si Anip letak! (kalau tak kenal nama2 ni, sila lihat Part 1).

Pada malam itu, aku jadi terlebih disiplin konon lah sebab letih punya pasai. Oh ya! Sebelum aku tidoq, aku mandi kolah pada pukul 12:30 pagi tanpa heater (I'm so pondan). Masa time tido tu, aku boleh ja tido lena, tapi member2 aku yang lain tak boleh tido sebab nyamuk. Depa kata nyamuk tak mai hinggap kat aku sebab aku ni berbulu. -_-

Masa aku tidur tu around 3 a.m aku terdengar bunyi TV, aku terjaga, aku keluar bilik & pergi ke living area sebab TV tu ada dalam living area, tengok-tengok satu geng semua terpampang tidoq atas lantai living area tu sambil tengok Tv. Rupa-rupanya they all tak boleh tidoq sebab they said ada banyak nyamuk. Hahaha...so here's the secret behind me sleeping nyenyak sangat sebab, the secret is.... Aku pakai perfume sebelum tidur and nyamuk semua tak suka bau wangi. Settle!! So aku bagi la tips ni kat depa, and they used my tip, at first they spray air-freshener kat living hall tu, my friend yang si Bonzer plak spray air-freshener tu kat badan teruih punya tak tahan, and good news is, it works!! Hahah...


Day 2 : The next day

The next morning ni, a new story begins....
Ni la rumah yang kami duduk tu. Ni view from the outside, from the inside lupa nak ambik, sorry. Taken early in the morning after subuh.
Later that day kami semua siap2 nak get ready pi class Falak at 9 a.m. Tapi we also guess rasa macam tak ada kowt class Falak tu.

Masa sampai ni, kami tunggu jawapan dari Pak Arso, yaitu lecturer Astronomi kami nak tau ada kelas ka tak.
Walaupun gambar ni aku setengah, tapi aku suka! hahaha.. - Photograph by Rashdan
Time tunggu berita kelas ada ka tak. From left to right clockwise: Anip, Syaiful, Aizat, Khalil, Bonzer, Shapiq - Photograph by Ahmad Sabri


Masa tunggu ni, buat apa buang masa, baik ambik gambar dulu


Tiba-tiba, dapat call dari Pak Arso yang kelas Falak dibatalkan. Yeay! So, ustaz Hazrul pon buat plan ajak kami semua pi Danau Toba atau juga dikenali Lake Toba. Pergh!
Photograph by Ahmad Sabri

Tiba-tiba semua kalut naik van nak get ready


Van ni la yang kami naik, paksa masuk kesemua 22 orang kami termasuk driver kami! Memang keja GILA!

Punya ramai sangat sampai kerusi pon tak cukup, sampai kena letak bangku ni, siap letak batu untuk balance. Hahahaha!
Nak jadi cerita, aku punya obsessed or kagum dengan kerusi biru ni, aku punya la dok ambik gambar kerusi ni, tak sedar yang member semua dah naik van dah, tengok-tengok tinggal aku sorang ja kat luar, last-last, aku jugak yang kena duduk atas kerusi ni! Ergh! -_-
Ni view mengadap belakang dari tempat aku duduk atas bangku tu.

Muka tak puas hati kena duduk atas bangku biru. Ambik hang Tsaqib! Padan muka hang, seronok sangat ambik gambar! - Photograph by Rashdan

Me photographing Ustazah & cik Azuwa. Look the image below. - Photograph by Rashdan


Cik Azuwa(lecturer kewangan) dengan Ustazah Zatil(lecturer Syariah), aku dapat A tau dalam subjek class Ustazah! :-p
Photograph by Rashdan


On the way tu, kami stop kat masjid ni untuk toilet, aku lupa nama  masjid ni. Time ni baru pukul 10 pagi ye, jangan tanya  awat kami tak stop solat zohor.
Seriously wei, masjid ni amatlah bersih! Sumpah cantik dan bersih! Tapi toilet di lock time tu, so,  yang tak tahan tu they all pi kedai makan opposite depan masjid ni. Hehehe.
Photograph by Ahmad Sabri

So after naik van yang menyebabkan kami penyet selama 5 jam tu, alhamdulillah akhirnya sampai jugak dengan perjalanan yang penuh dengan 'Hon' tak tak henti-henti dan dengan van yang shock absorber yang longgar....

Kami pon sampai la ke tanah Danau Toba, aku time tu macam sakit perut sikit. - Photograph by Ahmad Sabri

Ni camera Ahmad Sabri (yang buat peace ni), tapi tak ingat sapa yang snap guna camera dia.
Bila kami sampai, dah masuk waktu zohor, so kami pon solat kat dalam surau ni, tapi kena bayar dalam 50 sen duit kita. Tapi serious toilet dia bersih dan sejuukkk sangat sebab surau ni atas bukit over seeing Island tengah2 lake toba Tak kesah la kalau kena bayar sekali pon janji bersih and I loike it!.

Lepas solat, kat depan surau kami sempat pose (bukan puasa tapi Pose sebutan dalam English). - Camera Ahmad Sabri

Khalil - Photograph by Ahmad Sabri

Photograph by Ahmad Sabri

Ahmad Sabri - Photograph by Ahmad Sabri


Picture ni masa time kami baru sampai, memang angin ribut, so tak jadi la pi Island/Pulau yang kat tengah (yang bukit di depan tu), kami tak pi sana sebab bahaya. Nak pi sana kena naik bot dan kalau angin ribut, bot boleh terbalik. Dah nampak macam laut dah tapi sebenarnya itu adalah tasik, air tawar uolls!
Ribut



Kedai jual barang di tepi jalan


Di sana memang sejuk, tambah lagi dengan angin yang kuat. So, anip pon tak tahan sejuk, dia beli la topi ni yang ada jual di situ.


Shapiq nampak Anip beli, dia pon teringin nak beli jugak (Shafiq di belakang Anip tu)

Tak sangka kat sana pon depa ada jual Aiskrim brand Wall's.

Ehem! Ya, kat belakang tu la pulau di tengah2 Lake Toba.
Danau Toba a.k.a Lake Toba


Kalau uolls tak tau apa tu Lake Toba, Lake Toba ni adalah sebuah tasik semula jadi yang terbentuk dari Supervolcano, dan di tengah-tengah itu terdapat pulau. Punya la besar Gunung berapi ni sampai nampak macam laut! Padahal itu adalah air tawar atau orang Penang kata 'Tawaq Hebiaq'! Ukuran panjang Lake Toba ni 100 kilometer dan lebar dia 30 kilometer. Besaq kowt!

Aku dengan Anip sampai tak larat dengan tak tau nak pi mana dah, so kami naik balik surau ni and Chillax.Di luar surau ni ada tempat duduk as you can see. :-)
Thank you Anip for taking this shot

Masa on the way pi Danau Toba tu, member aku yang baik Anip, dengan Rashdan take turns dengan aku duduk atas bangku biru ni. Tau la jalan nak pi Lake Toba ni bengkang bengkok macam jalan nak pi batu Feringghi, so, depa duduk sampai batu ni pon pecah! Hardcore!
After long days of shopping dekat situ, aku shopping pon tak banyak, aku hanya beli 4 helai tudung ja untuk my Ummi, my sister & my aunty. Oh ya. kami stop by kat kedai Soto along the road jugak. Sedap! Tapi kena jaga-jaga la sikit, sebab kat sana banyak orang batak, they all kebanyakkan tak Islam & makanan tak halal, alhamdulillah dapat jumpa kedai orang Islam kat situ, agak senang jugak la nak jumpa kedai tu.
Bila on the way balik nampak rumah ni. Something strange??

On the way balik, we stop by at this mosque for maghrib, masjid ni kecik ja pon tapi tandasnya tak ku sangka sangat bersih dan spotless. Aku ni cerewet sikit tentang tandas ni.

Kedai ni nama dia Indomaret atau Indo Mart. Dia macam 7-eleven la kalau kat Malaysia tapi kedai ni tutup pukul 10 malam, what the...! Awal gila!!
Alhamdulillah after reaching home safely after a long journey 5 hours balik,(5 jam pergi + 5 jam balik = 10 jam), kami pon lapaq. Seriously time tu pon dah dekat pukul 11 malam and banyak kedai dah tutup! Errghh!! Susah gila kami nak cari kedai makan, dah la time ni tak ada transport! Kami naik beca bermoto kesemua 6 kami. Masa pi cari tu kami sewa la 3 beca so 2 orang satu beca. Mula-mula plan member semua nak pi try makan ayam penyet macam the 1st day aku makan dengan Shafiq tu, tapi tengok-tengok bila sampai kat kedai tu, dia dah tutup. Nampak boss kedai tu mengemas kedai, tanya dia, kedai ni tutup pukul 11. Arrghh! Gastric! Naseb boss to baik, dia tunjuk jalan kata kat depan jalan ada lagi 2 tiga kedai yang bukak. So, apa lagi, roger terus! Naseb jumpa kedai yang sedap ni tapi tak ingat nama dia la..

Dah aku tak tau nak makan apa, so aku order ja nasik goreng ayam! Pergh, sedap, dengan 'Teh Manis' (Teh'o panas)



Then after makan tu, bila nak balik punya time, we only have 2 beca saja sebab time tu dah malam, so, 3 orang satu beca. Beca tu macam nak pecah, overload! Dah beca tu pon umur macam dah nazak, macam nak terbelah 2 bila kami naik.

Ni la beca macam ni la yang aku katakan tu, tapi picture ni taken the next day.

Thank you for reading guys, so sorry kalau ada apa-apa yang salah dan silap. Tunggu for Part 3 inshallah. Peace. :-)


No comments:

Post a Comment