Monday 22 October 2012

Road to Medan part 2

Assalamualaikum,

So this is Part 2, it is a continuation of Part 1.

Selepas balik makan kenyang dengan membawa perut yang buncit ku, time tu sleep la bila sampai balik rumah tapi time masa awal2 sampai rumah tu, me/we belum decide nak pilih bilik mana lagi nak tidoq, so malam tu la baru nak kalut masing2 nak cari hotspot (bilik). Ada enam bilik, satu dah diambil oleh guardian kita, dia memang dok kat sana tetap pon, so considered ada 5 bilik saja la. Lagi satu bilik dah diambil oleh ustaz dah, tolak lagi satu so now ada 4 bilik ja tinggal.

So I was choosing bilik mana satu yg paling sesuai , sambil mencari-cari dengan membawa beg bagai, aku decided nak masuk bilik yang kecik tu dengan another 3 friends [aizat, rashdan, sabri], but then tiba2 si mat anip ni kata, "Wei, hg mai la join tidoq bilik aku ni, malas la aku nak dok dengan Sifu (Shafiq) dengan Tongga (Khalil) ja!" So, aku pon tak cakap banyak, aku lepas beg aku dan GELAK GULING2 atas lantai!!! Memang uolls kalau kenai Shafiq dengan Khalil ni memang sebijik kot macam Sifu dan Tongga, apa yang Shapiq buat, yang si Khalil pon nak buat jugak sampai to the extend, kalau Shapiq bukak ketayap dia, yg si khalil ni pon sibok nak bukak jugak. LOL! Memang sesuai dengan nama sebegitu yang si Anip letak! (kalau tak kenal nama2 ni, sila lihat Part 1).

Pada malam itu, aku jadi terlebih disiplin konon lah sebab letih punya pasai. Oh ya! Sebelum aku tidoq, aku mandi kolah pada pukul 12:30 pagi tanpa heater (I'm so pondan). Masa time tido tu, aku boleh ja tido lena, tapi member2 aku yang lain tak boleh tido sebab nyamuk. Depa kata nyamuk tak mai hinggap kat aku sebab aku ni berbulu. -_-

Masa aku tidur tu around 3 a.m aku terdengar bunyi TV, aku terjaga, aku keluar bilik & pergi ke living area sebab TV tu ada dalam living area, tengok-tengok satu geng semua terpampang tidoq atas lantai living area tu sambil tengok Tv. Rupa-rupanya they all tak boleh tidoq sebab they said ada banyak nyamuk. Hahaha...so here's the secret behind me sleeping nyenyak sangat sebab, the secret is.... Aku pakai perfume sebelum tidur and nyamuk semua tak suka bau wangi. Settle!! So aku bagi la tips ni kat depa, and they used my tip, at first they spray air-freshener kat living hall tu, my friend yang si Bonzer plak spray air-freshener tu kat badan teruih punya tak tahan, and good news is, it works!! Hahah...


Day 2 : The next day

The next morning ni, a new story begins....
Ni la rumah yang kami duduk tu. Ni view from the outside, from the inside lupa nak ambik, sorry. Taken early in the morning after subuh.
Later that day kami semua siap2 nak get ready pi class Falak at 9 a.m. Tapi we also guess rasa macam tak ada kowt class Falak tu.

Masa sampai ni, kami tunggu jawapan dari Pak Arso, yaitu lecturer Astronomi kami nak tau ada kelas ka tak.
Walaupun gambar ni aku setengah, tapi aku suka! hahaha.. - Photograph by Rashdan
Time tunggu berita kelas ada ka tak. From left to right clockwise: Anip, Syaiful, Aizat, Khalil, Bonzer, Shapiq - Photograph by Ahmad Sabri


Masa tunggu ni, buat apa buang masa, baik ambik gambar dulu


Tiba-tiba, dapat call dari Pak Arso yang kelas Falak dibatalkan. Yeay! So, ustaz Hazrul pon buat plan ajak kami semua pi Danau Toba atau juga dikenali Lake Toba. Pergh!
Photograph by Ahmad Sabri

Tiba-tiba semua kalut naik van nak get ready


Van ni la yang kami naik, paksa masuk kesemua 22 orang kami termasuk driver kami! Memang keja GILA!

Punya ramai sangat sampai kerusi pon tak cukup, sampai kena letak bangku ni, siap letak batu untuk balance. Hahahaha!
Nak jadi cerita, aku punya obsessed or kagum dengan kerusi biru ni, aku punya la dok ambik gambar kerusi ni, tak sedar yang member semua dah naik van dah, tengok-tengok tinggal aku sorang ja kat luar, last-last, aku jugak yang kena duduk atas kerusi ni! Ergh! -_-
Ni view mengadap belakang dari tempat aku duduk atas bangku tu.

Muka tak puas hati kena duduk atas bangku biru. Ambik hang Tsaqib! Padan muka hang, seronok sangat ambik gambar! - Photograph by Rashdan

Me photographing Ustazah & cik Azuwa. Look the image below. - Photograph by Rashdan


Cik Azuwa(lecturer kewangan) dengan Ustazah Zatil(lecturer Syariah), aku dapat A tau dalam subjek class Ustazah! :-p
Photograph by Rashdan


On the way tu, kami stop kat masjid ni untuk toilet, aku lupa nama  masjid ni. Time ni baru pukul 10 pagi ye, jangan tanya  awat kami tak stop solat zohor.
Seriously wei, masjid ni amatlah bersih! Sumpah cantik dan bersih! Tapi toilet di lock time tu, so,  yang tak tahan tu they all pi kedai makan opposite depan masjid ni. Hehehe.
Photograph by Ahmad Sabri

So after naik van yang menyebabkan kami penyet selama 5 jam tu, alhamdulillah akhirnya sampai jugak dengan perjalanan yang penuh dengan 'Hon' tak tak henti-henti dan dengan van yang shock absorber yang longgar....

Kami pon sampai la ke tanah Danau Toba, aku time tu macam sakit perut sikit. - Photograph by Ahmad Sabri

Ni camera Ahmad Sabri (yang buat peace ni), tapi tak ingat sapa yang snap guna camera dia.
Bila kami sampai, dah masuk waktu zohor, so kami pon solat kat dalam surau ni, tapi kena bayar dalam 50 sen duit kita. Tapi serious toilet dia bersih dan sejuukkk sangat sebab surau ni atas bukit over seeing Island tengah2 lake toba Tak kesah la kalau kena bayar sekali pon janji bersih and I loike it!.

Lepas solat, kat depan surau kami sempat pose (bukan puasa tapi Pose sebutan dalam English). - Camera Ahmad Sabri

Khalil - Photograph by Ahmad Sabri

Photograph by Ahmad Sabri

Ahmad Sabri - Photograph by Ahmad Sabri


Picture ni masa time kami baru sampai, memang angin ribut, so tak jadi la pi Island/Pulau yang kat tengah (yang bukit di depan tu), kami tak pi sana sebab bahaya. Nak pi sana kena naik bot dan kalau angin ribut, bot boleh terbalik. Dah nampak macam laut dah tapi sebenarnya itu adalah tasik, air tawar uolls!
Ribut



Kedai jual barang di tepi jalan


Di sana memang sejuk, tambah lagi dengan angin yang kuat. So, anip pon tak tahan sejuk, dia beli la topi ni yang ada jual di situ.


Shapiq nampak Anip beli, dia pon teringin nak beli jugak (Shafiq di belakang Anip tu)

Tak sangka kat sana pon depa ada jual Aiskrim brand Wall's.

Ehem! Ya, kat belakang tu la pulau di tengah2 Lake Toba.
Danau Toba a.k.a Lake Toba


Kalau uolls tak tau apa tu Lake Toba, Lake Toba ni adalah sebuah tasik semula jadi yang terbentuk dari Supervolcano, dan di tengah-tengah itu terdapat pulau. Punya la besar Gunung berapi ni sampai nampak macam laut! Padahal itu adalah air tawar atau orang Penang kata 'Tawaq Hebiaq'! Ukuran panjang Lake Toba ni 100 kilometer dan lebar dia 30 kilometer. Besaq kowt!

Aku dengan Anip sampai tak larat dengan tak tau nak pi mana dah, so kami naik balik surau ni and Chillax.Di luar surau ni ada tempat duduk as you can see. :-)
Thank you Anip for taking this shot

Masa on the way pi Danau Toba tu, member aku yang baik Anip, dengan Rashdan take turns dengan aku duduk atas bangku biru ni. Tau la jalan nak pi Lake Toba ni bengkang bengkok macam jalan nak pi batu Feringghi, so, depa duduk sampai batu ni pon pecah! Hardcore!
After long days of shopping dekat situ, aku shopping pon tak banyak, aku hanya beli 4 helai tudung ja untuk my Ummi, my sister & my aunty. Oh ya. kami stop by kat kedai Soto along the road jugak. Sedap! Tapi kena jaga-jaga la sikit, sebab kat sana banyak orang batak, they all kebanyakkan tak Islam & makanan tak halal, alhamdulillah dapat jumpa kedai orang Islam kat situ, agak senang jugak la nak jumpa kedai tu.
Bila on the way balik nampak rumah ni. Something strange??

On the way balik, we stop by at this mosque for maghrib, masjid ni kecik ja pon tapi tandasnya tak ku sangka sangat bersih dan spotless. Aku ni cerewet sikit tentang tandas ni.

Kedai ni nama dia Indomaret atau Indo Mart. Dia macam 7-eleven la kalau kat Malaysia tapi kedai ni tutup pukul 10 malam, what the...! Awal gila!!
Alhamdulillah after reaching home safely after a long journey 5 hours balik,(5 jam pergi + 5 jam balik = 10 jam), kami pon lapaq. Seriously time tu pon dah dekat pukul 11 malam and banyak kedai dah tutup! Errghh!! Susah gila kami nak cari kedai makan, dah la time ni tak ada transport! Kami naik beca bermoto kesemua 6 kami. Masa pi cari tu kami sewa la 3 beca so 2 orang satu beca. Mula-mula plan member semua nak pi try makan ayam penyet macam the 1st day aku makan dengan Shafiq tu, tapi tengok-tengok bila sampai kat kedai tu, dia dah tutup. Nampak boss kedai tu mengemas kedai, tanya dia, kedai ni tutup pukul 11. Arrghh! Gastric! Naseb boss to baik, dia tunjuk jalan kata kat depan jalan ada lagi 2 tiga kedai yang bukak. So, apa lagi, roger terus! Naseb jumpa kedai yang sedap ni tapi tak ingat nama dia la..

Dah aku tak tau nak makan apa, so aku order ja nasik goreng ayam! Pergh, sedap, dengan 'Teh Manis' (Teh'o panas)



Then after makan tu, bila nak balik punya time, we only have 2 beca saja sebab time tu dah malam, so, 3 orang satu beca. Beca tu macam nak pecah, overload! Dah beca tu pon umur macam dah nazak, macam nak terbelah 2 bila kami naik.

Ni la beca macam ni la yang aku katakan tu, tapi picture ni taken the next day.

Thank you for reading guys, so sorry kalau ada apa-apa yang salah dan silap. Tunggu for Part 3 inshallah. Peace. :-)


Monday 1 October 2012

Road to Medan Part 1

HUARRRGHHH!!! Giant baru bagun dari tidur *sebab lama dah tak update blog* sorry. :-p. Baru-baru ni aku baru balik dari Medan. Baru pon tak baru la jugak dah dekat lebih dari 3 minggu dah pown, aku baru nak update blog. Seerrr! Aku bahagi entry ni kepada different part saja nak bagi suspense la sikit kan? Selain dari tu aku ada banyak la jugak gambar nak letak semua skali jadi macam tak fun la pulak and uolls nanti naik meluat dengan aku, "asyik2 letak gambar ja dia nie, booorriinggg zzzzzzz...". 

Anyway, aku pi Medan, Indonesia ni sebab ada kelas kat sana, maklum la aku ni student IAIN SU (Institute Agama Islam Negeri Sumatera Utara) and my kelas kat sana tu ialah subjek Falak/Astronomy. Satu subjek ja pon, aku dok buat kecoh plak nak habaq kat semua orang. Biasala aku ni jakun, 1st time kot keluaq Malaysia. Can you imagine?? *booorriingg*. 

Okey, maybe I don't exactly tell you betoi2 apa yang aku blajar kan? Aku ni actually sebelum ni ambik diploma dekat KITAB (Kolej Islam Teknologi Antarabangsa) dalam Penang yang dekat sebelah masjid negeri tuu, buat course Syariah elektip Law. Then I further my studies degree in Syariah yg dekat IAIN SU tu la tapi alhamdulillah rezeki, I don't have to go there, aku cuma blajaq kat KITAB, dia cuma link saja. Hahah...dunia dah maju kot, so lecturer semua imported dari medan mai ajaq kami semua. So yang trip ni, IAIN SU saja nak bagi experience kat we oulls for how the University looks like and the surrounding feelings. 

Well the story starts when me and my college friend semuanya sama course 18 of us pi la sana starting on the 8th of September hari Sabtu sampai hari Rabu on the 12th of September  . Lima hari ja pown, aku suka  buat kecoh kat sini! So, sebelum hampa naik boring dengan aku, let the picture do the talking. :-)


The journey starts here, bila kami semua naik plane, we all kena isi borang inspection *or what ever they called* luaq negara (Yg tu Hadi)

Tu yang hampa nampak, kami semua dok kalut bawak keluaq pastport sebab dlm borang tu tanya pastport number and we all tak ingat. :p (Front to back: Hazrul a.k.a bonzer & Khalil)

(Front to back: Anip, Rashdan a.k.a Mat Dan, Aizat)

Naseb bila time nak pi ni alhamdulillah it was a smooth ride.

By the way, kami naik flight AirAsia, malangnya time aku ambik gambar tak ada stewardess dekat dgn camera. Hewhew, mcm tau2 ja!
Alhamdulillah after safe landing when we reach at the airport atau orang Indonesia kata Bandara (hewhew, aku terror tau cakap indonesia), Ada seorang supir (driver) yang bernama Bapak/Pak Man jemput kami menggunakan van IAIN SU dan terus pi makan lunch dekat Simpang Gambir, err..tea kot sebab time tu dah pukul 5 petang. Van tu ada 17 seat, and we all 18 orang dengan beg segala bagainya, tambah2 beg ladies you know la kan..., memang sardine!

Ni restaurant from my sitting view. Sunyi sangat, peaceful. *sebab mahal kowt*

Hadi and Syaiful tunggu order mai

From left to right: Khalil, Syapiq, Hadi, Syaiful

Eh, siapa tu? the one and only mister handsome name Tsaqib. :-p
Photograph by Mat Anip

Ladies turn pon tengah tunggu order, eh makan dah sampai kot sebab ada makanan kan kat meja tu? (Left: Salimah a.k.a mami, Right: Syatila)

Om Nomnomnom!
Depa semua makan bila sampai ja, cuma kami berempat, Anip, Bonzer, Mat Dan dengan aku. Kami cuma minum saja. Aku dengan Mat Dan order "teh manis" yang kita kat Malaysia ni panggil Teh O Panas! Memang manis betui la yang amat ayaq depa ni, diabetic dibuatnya!!! Aku minum teh o depa sampai naik pening. Kaw sangat! Minum sekerat jalan ja..serious tak boleh nak habih. Sakit kepala tau tak! Harga secawan Teh Manis dalam 5000 rupiah. Nak kira pon satu hal punya pening kepala. :-)

Ni time lepas makan
Photograph by Rashdan

Ehem2, kami macam nak buat kumpulan nasyid plak. Restaurant Simpang Gambir from the outside view.
Photograph by Rashdan

Muka kenyang mintak  err...hahah
Photograph by Rashdan

Photograph by Rashdan

Hari sudah menjadi gelap dah pukul 6 lebih dah ni, and dekat medan dalam waktu ni masuk maghrib. Time dia lambat 1 hour dari Semenanjung Malaysia, tapi time masuk waktu solat awal.
Photograph by Rashdan

Picture ni dah di edit sebab tu nampak cerah sikit. Anyway, aku nampak muscular la jugak uhuk uhuk!
Photograph by Rashdan
Lepas we oulls makan tu, kami straight balik rumah. Kami semua time ni letih sikit sebab tu tak ronda2. Agak Jet Lag sikit kot. Ahak!! Aku ni lemah skali, baru 45 minit naik flight dah Jet Lag! 


After we reach our "home", and we have a good rest until malam dinner. By the way, our home yang kami tinggal untuk 5 hari ni adalah rumah official Rektor IAIN SU. Hahaha, best gila kot rumah tu, ada 6 bilik, each ada aircond tersendiri. One big thing yang we oulls minat adalah rumah tu ada TV Parabola. Tau kan Parabola TV? Dia macam astro jugak, ada satelit dish bagai but its free, semua channel dalam dunia ni boleh dapat (planet cakerawala yang lain tak termasuk). Tapi di Malaysia diharamkan sebab channel semua tak ada filter.

For your info, Rektor tak tinggal di rumah tu sebab dia dah ada rumah sendiri yang dekat jugak dengan University IAIN tu, sebab tu dia biar rumah tu kosong and let us stayed there. Ya Allah ya rab! Memang rezeki kami la, dah la TV flat screen 42 inchi punya dok ada, memang best lah! By the way, ladies semua tinggal di asrama di dalam IAIN, we oulls men tinggal di rumah official Rektor tu and rumah tu di luar University, dekat dengan town. Banyak kedai makan area rumah tu (KFC pon dekat). hehehe...

So malam tu aku dengan Syapiq keluaq pi dinner dengan Ust. Hazrul, Mas Hafizudin, and our guardian  yang jaga rumah official rektor the one and only Pak Sukiman. So kami pon pi la dinner kat Kedai Ayam Penyet Surabaya. Dekat jugak la dengan rumah yang kami duduk tu.

Ust. Hazrul. Di blakang tu kedai & suasana ayam penyet

Mas Hafizudin

Ni la the one and only Pak Sukiman. Dia the best!

Sorry picture makanan tu kat nampak clear. 
The food is really awesome! Ayam penyet ni serving dia kind of nasik ayam mcm kat Malaysia tapi ayam dia is Crispy on the outside and crispy too in the inside. Aku tak tau macam mana dia buat and tak tau nak explain rasa dia, you have to try it your self tapi I tell you sambal dia pedas tahap GABAN!!! Kami kena sampai muka kami nampak macam kera kena belacan. Even Pak Sukiman and Mas Hafizudin pon tak tahan, depa pon kata pedas. Tapi pedas pon pedas sedap nak lagi punya style tau! Lepas kenyang tu balik tidoq la, nak aku cerita jugak ka? Tapi time aku tidoq tu, ada story sikit...tapi I will continue this story on Road to Medan Part 2 pulak inshallah sebab on the 1st day ni, picture ni (on top ni) is the last picture of the day. I will continue in Part 2 soon...

Keep reading and stay in touch. Up to now, thank you for reading this entry...